Aku Seorang Isteri

Friday, February 11, 2005

I Am A First Timer

Assalamualaikum... It's only 11.30 pm here in Malaysia. To be exact, aku sekarang di berada di selatan tanah air. Not to be specific la kan regarding my actual place....Need some privacy over here. Kalau tidak, aku takkan create username untuk blog ini. Lebih baik jika aku gunakan nama sebenar sahaja (if privacy is not needed!).

Abang baru pergi kerja. Yeap! My husband works late every day! Masa mula-mula kahwin, rasa pelik juga. Tapi dah masuk 3 bulan (yer, kami baru kahwin 3 bulan), aku sudah biasa dengan rutin abang. Bekerja sendiri, memang macam itulah. Lain kalau kerja makan gaji. Kerja main-main pun, gaji penuh juga tiap bulan. At least tak payah fikirkan macam mana hendak bayar bil telefon, api, air, streamyx (jika ada), handphone etc.

Aku kena marah dengan abang. Alasan abang, aku tidak layan dia malam ini. Dia pergi kerja lambat, and yet aku habiskan masa dengan Internet surfing. Aku silapkah? Tapi tadi abang tengah tidur. Dia penat kerja. Balik rumah lebih kurang pukul 8 malam tadi. Lepas makan, terus mandi dan sembahyang Maghrib. Lepas itu abang terus tertidur di kerusi panjang. Aku tak mahu ganggu. Aku tinggalkan abang tidur sendirian dalam kamar lepas dia terbangun dari kerusi panjang tadi. Aku siap-siap solat Isyak dan kemudian aku pasang laptop. Aku kemas-kemaskan wire dan sambungkan router semua. Aku tengok abang tidur nyenyak, aku tak mahu ganggu.

Lebih kurang satu jam, abang terbangun. Dia marah-marah bila tengok aku khusyuk dengan Internet. Aku bingung. Bangun-bangun tidur saja, abang naik angin. Aku beritahu abang yang aku tidak mahu ganggu dia. Tapi abang marah-marah juga. Aku rasa ada sebabnya dia naik angin. Yelah, kali terakhir hari Isnin lepas! Sekarang sudah Khamis. Suami mana yang tidak meradang, kan?

Abang terus basuh muka, capai T-shirt dan jacket, terus ke tempat kerja. Aku sedih juga. Aku baru berangan-angan untuk baring-baring dengan abang tapi dia sudah pergi. Harap-harap abang balik awal hari ini. I luv u abang!